Have an account?

Saturday, September 26, 2009

PERSONALITI KAUNSELOR DAN MOTIVATOR

PUAN ZAKIAH BINTI DATO' HAJI TAJUDDIN ALJARUMI

Anak jati negeri Kedah.Dilahirkan 50 tahun yang lalui di Kg Melele, Jitra Kedah.Kg Melele merupakan sebuah tempat perkembangan ilmu agama yang menjadi agen perubahan masyarakat melalui sistem pondok ,Madrasah al Nahdhatul Hasanah.Diasaskan oleh Almarhum Dato Haji Tajudin bin haji Abd Rahman AlJarumi.

Mendapat didikan awal di SK Siputeh, Padang Sera dan Pendidikan Menengah di SM Pulau Nyior ,Jitra dan SM Jitra ,Kedah.Kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Psikologi dan Kesusasteraan Melayu di UKM, Bangi.dan menamatkan Pengajian Sarjana Bimbingan dan Kaunseling di UPM, Skudai.23 tahun mengabdikan diri dalam dunia pendidikan MRSM, SBP dan SM Harian biasa. yang lebih memberikan pengalaman adalah melaui pelbagai ujian keperitan dalam kehidupan adalah Universiti yang terbaik dalam memahami masalah kemanusiaan.

Kini adalah Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia dengan Perakuan Amalan. Pendekatan dalam membantu dan membimbing berasaskan ilmu Psikologi dan Kaunseling yang bertunjangkan alQuran dan al Hadith...Pembangunan spritual adalah tunjang kesejahteraan insan. Juteru Asas Perkhidmatan Warisan al Jarumi Resourses dalam Cabang Pembangunan Insan adalah melalui Perkhidmatan Kaunseling Individu, Kelompok dan Motivasi.

0 comments:

Post a Comment