Have an account?

Saturday, September 26, 2009

View Warisan AlJarumi Resourses

Perjalanan perjuangan para Ulamak warisan keluarga alJarumi telah menjadi sumber ilham penubuhan Warisan alJarumi Resourses dalam memberi khidmat sosial kepada ummah.Meski ilmu tidak setebal mana berbanding ilmuyang dimiliki dan diamalkan para Ulamak  namun dengan ilmu yang dianugerahkan sekadarnya dan pengalaman hidup melalui ujian dan dugaan yang di dalam ketentuanNya jua menyadarkan diri betapa pentingnya mewujudkan satu organisasi bagi membantu kehidupan sesama ummah untuk sama-sama kita menyerlah pembangunan Insaniah yang teguh fizikal, emosi, mental dan spritualnya dalam situasi natural.Sumber Pendidikan dan keilmuan adalah teras pembangunan insan baik pembangunan diri dan keluarga, sebelum ia diterjemahkan dalam pembangunan masyarakat dan negara.Kepastiannya dalam apa jua pendekatan ilmu yang digunakan kita tidak dapat lari dari meletakkan mision kita untuk mencapai kebahagiaan untuk kehidupan duniawi tanpa melupakan matlamatkan kita yang hakiki bagi mencapai kesejahteraan hidup yang lebih abadi dalam melalui alam barzakh, kealam kubur sebelum menuju ke kehidupan yang lebih abadi di alam akhirat.

Melihat perjalanan perjuangan ayahanda Dato Haji Tajudin Bin Haji Abdul Rahman Al Jarumi, Nenda Sheikh Abdul Rahman AlJarumi dan moyang Syeikh Wan Idris Bin Wan Jamaluddin bin Sheikh Wan Abdul Latif bin Sheikh Wan Shamsudin bin Sheikh Wan Muhammad Faqih bin  Sheikh Wan Muhammad Yasin bin Sheikh Ibrahim Al Hadrami bin Sheikh Ibar al Hadrami al Jarmi...telah membuka pandangan betapanya ulama-ulama terdahulu membimbing dan membantu pembangunan insan melalui wardah pendidikan melalui sistem pendidikan pondok.Yang lebih perlu dijadikan iktibar ialah semangat juang dan keikhlasan mereka dalam mendidik insan.Kekayaan material bukan prinsip pegangan mereka.

Sesungguhnya ciri-ciri keperibadian dan dasar perjuangan mereka amat dikagumi dalam meniti usaha memberi perkhidmatan dalam membangunkan modal insan apalagi di kalangan kanak-kanak dan remaja hari ini.Semoga semangat mereka menjadi warisan untuk saya meneruskan perjuangan mendidik anak-anak pewaris bangsa, agama dan negara meski pendekatan yang digunakan sezarah daripada intipati pembangunan insan... ZAKIAH DATO HAJI TAJUDIN ALJARUMI

0 comments:

Post a Comment